Saturday, February 19

Selalunya, macam ni lah.








buat kerja last last minit.
PADANLAH DENGAN MUKA ENGKAU! HAHA

student memang tak kan pernah menang dengan assignment.
nak buat macam mane kan.

ps: aku nak kumpul duit do, bukan assignmnet. pergh.
pss: kalau la tenung je da bole siap kerja, kan best. kan kan.
psss: kenape la malas ni suke sangat ngan aku weh. -.-"
pssss: contoh yang tak patut dicontohi. contoh ke?
psssss: da macam baju la pulak aku tengok "assignment" tu. huhu

Friday, February 18

Time form five.



aku lukeh benda ni.
aku pun tak tau kenape.

tu je lah

Thursday, February 17

The answer.

aku dah tau dah.

pasal, kenape aku post entry entry kat sini.

easy answer. haha

citenye bermula masa aku form 2.

oraite. di awal tahun form 2 aku tu, fatin suruh aku buat myspace. katenye senang nak contact and lagi pun aku kan takde hanphone zaman zaman tu. mule mule aku refuse to sign up myspace tu. aku malas la nak buat bende tu kan. but then, lame lame tu aku kalah jugak. so mintak la die ajar camne nak buat myspace, ape nak kena buat, nak buat ape je and so on. bile die online, aku online. lame lame aku tau nak bergerak sendiri kat myspace tu. cari kawan perkara biasa la tu. sume orang aku approve je. yang agak hensem, aku add aje. haha. lame kelamaan, bende tu membuat aku ketagih. serius woh. kalau tak online 5 jam sehari, tak sah. sampai aku sanggup melabur duit untuk ke cyber cafe. ketagih kan.

aku mule la cari kawan kat alam cyber tu. pergh. tapi, sume kawan ntah pape je. pehtu, aku malas nak layan orang yang tak kenal kecuali sorang ni. disebabkan we're having the same interest, aku suka la berborak ngan die. so tiap kali kalau aku online, aku berharap die online jugak. pernah rase tak perasaan tu? tapi kami berkawan tak lame. lepas aku introduce die kat fatin, makin lame kami yang lost contact. itsokay. then, aku kenal pulak ngan sorang ni, member sekolah punye member. ni da masuk form 5 dah. aku suke gak ar borak ngan die. selalunye kat myspace. kadang kadang kat ym. kire rapat gak ar lame lame tu. then sudden, bile aku da tuka ke fb, aku da tak berape nak borak ngan die dah. lagi lagi bile da start study, lagi la da tak dengar cite.

so then, pendek kan cite.. bile aku ingat ingat balik, kenape aku post entry entry yang berlukisan eh? jawapan die easy. poyo gile. sebab aku nak cari kawan. tettttt. sumenye bermula pada hujung bulan november tahun lepas. sebab bosan sangat kot en. takde tempat nak bercerita. blog pun bukan ade yang nak bace. kat fb pun takde member yang nak berborak. ade pun, ntah pape. erk? so, dari situ la aku post entry yang ala ala tarik perhatian. konon nak berkawan la. tapi memang dapat kawan pe. mase tu la aku sangat rajin berblog-walking. tapi still aku rase aku bukan tahap ketagih blog. and ade time, aku tak bole nak bercerita pakai mulut, aku cerita la gune tangan. ye dak? naluri nak bercerita tu mesti la ade. hohohoho. dan sebab tu la jugak kenape aku excited kot nak gi gathering blog ari tu. tak habis habis do. nak berkawan en. :)

tapi orang cakap, "dont talk to the strangers" ?

ps: tak obvious sangat kan?
pss: cerita pasal kawan ni cerita sedih sebenarnye
psss: berkawan ngan laki ni bahaya skit. err?
pssss: sape tak sayang kawan en?
psssss: susah jugak nak cari kawan ni sebenarnye. :)

Monday, February 14

Tanda soal.

assalamualaikum.

cewah. argh. patutnye aku bukak cite pasal gathering blogger hari tu. tapi, sebab aku tak pegi, nak bukak cite ape kan? huhu takde jodoh la namenye tu . nak buat macam mana . ade hikmah disebalik kejadian. positive positvive. alaa, lagipun aku takda kawan kat sana. tak pegi pun takpe kot. huu~ tapi agak jeles la bile tengok orang update entry pasal bende alah tu. lantak la. kire alasan jugak la untuk aku malas blogwalking. ah, aku malas nak berblog buat masa sekarang ni. memang dulu pun macam tu. ape nak kesah en?

sekarang ni, aku dalam kekeliruan yang tak nyata. keliru sama ada aku post setiap entry entry untuk dibaca oleh pembaca atau diri sendiri? kenape ha? ape tujuan aku post entry? aku tak expect ade yang nak membaca, sebab.. untuk ape do? kalau member takpe la kan. tapi tak bole jugak. sebab nanti kalau jumpe, mesti kena bahan. ergh. so kalau lepas ni, entry aku selfish sket ah. lantak la ampa nak baca ka dak en. tapi yang lukih lukih tu pun, kenape aku perlu melukis kalau aku nak buat blog untuk diri sendiri? kalau taknak bagi orang bace, kenape aku tak private kan je blog ni? ah. kenape ye? baru aku terpikir.

aku rasa, aku da patut start berjimat. sehari belanja RM5 je patutnye. tapi. persoalannya, mampukah aku?

ps: sedihnye takdapat pergi gathering tu. tapi, kenape aku macam jakun je. huhu
pss: aku patut merasmikan musim berjimat. nanti aku update lagi.
psss: macam pelik pulak nak post , sebab takde katun. -.-"
pssss: aku tak rase pun aku ni macam seorang blogger. eh?
psssss: oh, selamat menyambut maulidur rasul ye :)

Sunday, February 6

Lupa daratan.


selalunya,

sesuatu yang kita cari..

dan kejar untuk dicapai

walaupun setinggi mana,

kita tetap berusaha.

tapi kita selalu lupa,

yang kita sebenarnya berasal dari tanah.

dan berpijak di bumi yang sama.

kejayaan takkan datang kalau tak dicari..
tapi kena ingat,
kejayaan boleh pergi kalau kita lupa diri.

happily ending story is when kita balik semula ke pangkal jalan. seriusly.

bak kata kenzo
"If you try ur best, still didn't get what you want. There's something you deserve better. 
Don't worry. :)"


ps: aku cuba berfikiran positive. okay.
pss: entry edisi agak emotional dan over kot.
psss: sape ade quote best best? nak weh. bole?
pssss: aku tau orang lain pun ade life sendiri, nak sebok sebok buat ape kan?

Friday, February 4

The innocent person.

baca ke bawah

haha ini memang kisah benar.
aku la innocent tu. T.T
hahaha

yang pertama ;
selalu dipanggil "hipokrit"
argh. tak bersalah. tak bersalah.
sebab aku terlalu baik. dorang ingat aku jahat. haha

kedua ;
penat aku lukis komik,
tapi kertas tu kena konyok.
sebab aku buat cerita pasal die, ade maksud tu.

ketiga ;
yang ni rasa cam loser.
asyik kena tipu je.. T.T
sebab aku terlalu innocent. mudah percaya cakap orang. :P

ps: ingat senang ke nak melukis?
pss: stylo-wa-da-baw!
psss: percayalah.
pssss: orang yang kenal aku, tau lah cite sebenarnya. HAHA!

Baju kuning.

Kyra : Ha, tu kuning.
FH : Tak lawa la. lain lain.

Pqa : Apesal kau cari baju kuning ni?
FH : Ha? Takde la.

.....

Javin : Apesal asyik kuning? Kau suke warna kuning ke?
FH : Eh. Mana ada. Saje je.

Nina : Asyik kuning je.. hee kantoi!
FH : Ar? Aku nak macthing kan laa.

......

balik rumah, 

aku check almari aku.
takde baju warna kuning.

almari adik aku.
takde baju warna kuning.

almari abang aku.
takde baju warna kuning.

almari mak aku.
ada satu baju kurung warna kuning.

....

ni sume sebab peristiwa membeli seluar warna coklet. sale punye pasal kan. aku try dengan dress warna kuning. smart. sebab aku tak pernah pakai. kuning campur coklet. tapi aku tak beli baju tu sebab aku tak tau la kenape aku tak beli. takde duit kot time tu. arr, nak jimat. betul la tu. pastu aku agak menyesal. sebab tu la aku asyik usha baju warna kuning -.-"

ps: argh. bole jadi isu plak baju kuning ni.
pss: ade sesape nak bagi terus baju warna kuning?
psss: aku bukan tak minat warna kuning, tapi kenape ha?
pssss: selama ni aku hanya nampak kuning sesuai dengan hijau je.

Thursday, February 3

Theory FH.


tahu kah anda,
di sekitar kita terdapat molecule molecule positve dan negative.


pergerakan manusia akan membebaskan molecule molecule negative
dan menolak molecule positive.

ini akan mengakibatkan tubuh badan seseorang itu akan lemah 
sekiranya kekurangan molecule positive di persekitarannya.



dan sekiranya tiada pergerakan manusia di sekeliling,
maka molecule negative akan berkurangan
secara tidak langsung menarik semula molecule positive.

ini pula akan mengakibatkan tubuh badan menjadi lebih segar.



fakta aku tak perlu kan kajian scientific bagai.
ini pun nak di kira fakta ke? errr

mungkin ini lah faktor kenapa ;
aku selalu ngantok time berjalan.
dan susah nak tidur malam.

yeah.

ps: serius aku tak ambik biologi, fizik dan kimia.
pss: aku rasa seronok bila sorang sorang. bole guling guling~
psss: err emm, you call me professor FH ye lepas ni. meng-gelabah. -.-'
psss: molecule negative juga akan membuatkan emosi seseorang itu tidak stabil.

Wednesday, February 2

Awal bulan Februari.

this is about a very very ve-ry small gathering .. err something that we called a reunion.

meng-gelabah reunion. haha padahal jumpe nina javin dan special guest ; pinad. jodoh kami la berjumpa ngan pinad tuh. terkejut tu of coz la kan. kejap je , jumpe kat sekolah , pastu tangkap tangkap gambar .. pastu berpisah la. kami ke kl , mereka ke serdang. cun lah. ni aku bercerita pasal moment kat sekolah lame. singgah situ dulu before gerak ke .. kl.

alaaa pegi mid je weh. ape nak heran sangat. tapi aku da setahun tak pegi sane. muahaha. nina la yang nak sangat pegi sane. aku takde nak banyak cerita. sebab penat nak bercerita. tapi, aku nak bercerita gak. ape yang aku nak cite? alaaa malas la nak cite. lantak lah.

jadi kenape aku menaip? grrrr . ok straight to the point , lepas abis cuti ni a.k.a lepas start kelas balik AKU DAH TAKNAK SHOPPING SHOPPING lagikk! MEMBAZIR! MEMBAZIR! MEMBAZIR! statement dow~! kau tau tak membazir tu amalan sape? amalan setan. kau tau tak?! baik lah kau simpan duit tu.. bole beli rumah sebiji! ehh, tapi aku macam nak pegi gathering blogger tu. da free dah. tapi tak inform lagi.. hmm pikir dulu. tapi, bole comfirm ke~ aku takde nak shopping shopping? .. .. .. .. .. .. .. bodo la. arggh bagi la chance aku nak berjimat pulak wei. aku taknak beli pape dah. tapi aku still nak beli baju, bag, dan belt. tu jeeeee~ . aahhh kau ingat duit tu macam air hujan? yang turun tak henti? enough wei.. enough. time to control your desire. when i said ; no more, its mean ; no more.

menggelabah. dulu aku ngan nina selalu imagine ; KALAU la kan, jalan jalan kat shopping centre.. pastu tibe tibe ade sorang mamat ke minah ke datang "eh, nah la rm500 ni. saya tak tau lah nak buat ape ngan duit ni" . perrghhh .. heaven gile lah hidup macam tu. memang the most luckiest day ever! tapi harapan memang hanya harapan. sepanjang jalan takde maknenye ade orang nak buat macam tu. haha rm5 pun susah woh. ergh.

aigoo.. kenapa aku beli shade? bile check balik need list , shade takde dalam senarai pun. alaah tu pun nak berkira. berkira sang-gat.. ehh mesti lah. hmm aku patut cari pakwe yang kaye. sponser sume kan. kan kan kan. tak payahh.. tu suma duniawi je. tau pun kau. dah ar .. dah ar. kau tak payah nak kuar sangat dah pasni. kalau orang ajak, kau cakap la kau da takde duit. indeed, memang itu yang sebenarnya. tapi cakap tu kan macam doa gak.. kalau aku asyik cakap aku takde duit, nanti kang betul betul aku takde duit. ha? eeeish! tak pun kau cakap la, aku busy.. ade banyak keje nak buat. tapi.. kalau cakap camtu pun kan same jugak. sekali betul aku dapat banyak keje. tak mau aku. ok ok. kau tak payah cakap pape. cakap taknak je. settle. kalau dorang tanya nape, kau cakap sebab taknak. taknak taknak taknak. aku nak berjimat! kali ni serius punye. deal. tiap tiap hari la kau punye serius tu -.-"

tapi kan, kak long ajak pegi karaoke. argh takde takde. assignment bertimbun timbun. priority always come first. hmm baik~ .

ha, kejap. aku rase macam banyak bende aku da lupe lupe. kenape time dorang cite, aku macam tak ingat? memang tak ingat? mungkin ingat sikit sikit. tapi still tak bape nak ingat. kenape? kenape? huhuuu.


tips#1 : nak tau limau tu manis ke tak, rase die punye kulit. kalau tak berape nak melekat ngan isi atau nipis, yang tu manis. confident. haha
tips#2 : milo ais terbaik ialah meletakkan ais sebelum air. pastu kacau. terbaik~ . serius.


fyi : 2 febuari is zahran's birthday :)


ps: aku tak mau berbelanje sampai bulan 4 ni. bole percaye ke?
pss: sekali jadi macam kes taknak join contest tu. haramm.
psss: tolonglah bagi semangat kat aku -.-" argh.
pssss: tak jadi tengok cite HAQ, tapi tengok cite FASTER. terbaik!
psssss: ah tak reti lah aku nak bercerita pasal perjalanan kali ni. sebelum ni aku ade cite macam ni ke?
pssssss: da tau kenape aku suka bulan januari? dan kenapa aku tak suka novermber dan december? is it clear? HAHA
psssssss: ape tajuk entri yang paling sesuai untuk entri ni ha?

Tuesday, February 1

Semester break.

any plan?

esok nak kua ngan nina pegi KL.
nak ikut?

patutnye da kena start buat assignment.
argh banyak bende nak kena print. sila take note ye.
mimpi pun asyik mimpi pasal assignment. taik je.

selamat tahun baru cina.
ade yang nak bagi angpaw?


ps: sabtu, ahad, isnin aku ade kat kampung. patut la rasa cam cuti baru start.
pss: hujan tiga hari tanpa henti tu membuatkan aku tak sehat sehari.
psss: ninaaaa~ nanti kite tengok cite HAQ eh. nak? jom jom.
pssss: oh, 12 februari ni jadual free. so bole la pegi gathering blogger tu.