just to remark this.
Cuti kali ni.. biar pun bukan musim cuti sekolah, kerana kami cuti terlebih awal daripada mereka.. sangat sangat MEMBOSANKAN. even time cuti sekolah pun bosan kot. kenapa musim cuti sangat bosan? tuan tuan dan puan puan, cuti yang paling membosankan ialah bila anda cuti tanpa duit. setuju?
bila takde duit, apa yang dirancang sume akan terbengkalai. masa dah banyak dah.. duit plakkk weii takde. geram betul aku. time study, dah la duit kena save, mase pun takda. dangggg! setuju lagi?
atau pun, cuti yang membosankan ialah bila tiada rakan rakan atau kenalan untuk lepak dan hang out. macam kes aku lah. sume member study, keje dan sebagainya. di mana mereka sewaktu ketika aku memerlukaaannnn? haha setuju?
maka, facebook dan blog lah tempat aku bergantung semasa musim cuti. dan itu.. kalau ade internet. buatnye line pulak rosakkkkk? dannnngggg! mati di situ. game lah jawapannya. game, aku layan game The Sims 3. syiokk weh. Sims aku sampai da tua, da mati, da beranak bercucu cicit. gila an. haha macam bodo je. record aku musim cuti ni, aku main the sims tanpa henti selama 10 jam (break untuk solat 5 minit) . even, sekuat mana anda bermain game, lama ke lamaan akan bosan jugak.. kan? setuju? begitulah jugak dengan aku.
ok lets start.
awal awal start cuti tu, aku layang movie. tapi aku pikir, baik aku save movie movie ni untuk kat U en.. kat umah tengok TV da ar..
tapi, the best aktiviti semasa cuti ialah TIDUR!
bagi aku lah. sebab aku suka tidur. kalau korang, aku tak tau laa.. macam nenek aku, dia marah aku asyik tidur. pastu aku cakap la kat U tak dapat tidur.. tidur 4 5 6 jam je.. mana cukup. haha baru lah nenek aku menggalakkan aku tidur. hahaha tapi tak jugak.
sebenarnya.. masa cuti, aku teringin nak
beriadah.
ecehh. tapi takda kawan la bro.. sape nak teman. alasan.
even kalau ade pun, aku rasa aku berjogging kat katil je kott.. malas tu satu, ke dua malas lahh. lemah lemah.. aku rase baik duduk umah je dari keluar tayang muka ; "wei.. aku jogging ni weii~" . ahh. cam retard. (ade ke patut minded camtu.. ceh) hmm.. takpun blogwalking jee. (haaaa kelakarnyeee~)
memasak
yang ni.. part paling aku suke tapi tak suke.
sebab, memang la aku nak masak, tapi takde chance la bang.. saya nak masak, tapi ingredient takde bang. nak beli, mana saya ada duit. mintak parent, mereka kata nanti mereka beli, sampai lar ni, nothing. huhuhu macam mana nak masak? sejujurnya la jugak, saya tak tau sangat sayur sayur ikan dan sebagainya.. tapi ada niat jugak la nak belajar. pehtu, takda orang nak ajak masak.. (mungkin sebab aku asyik tidoq) tau tau, da siap. sampai bila nak tak reti kan? (aku lagi suka masak western.. sebab lagi senang kut. masakan melayu biar orang dewasa je la.. da dewasa nanti baru aku belajaq tang tu. hehe)
nenek aku kata, buat solat sunat.. tahajud.. and so on. heee aku bukannya malaih, tapi aku rasa, baik sempurnakan yang wajib dulu, baru tambah yang tambahan tu. kalau tak, aku rasa cam berterabur. tak syiok jugak.. tambahan pula, cuti ni, aku selalu berniat puasa.. tapi pagi pagi aku mesti beli breakfast. LUPA! da tengahhari baru aku ingat aku puasa. cehhh. lupakan je laa.
so, kesimpulannya.. aktiviti masa cuti aku banyak dihabiskan dengan TIDUR dan GAME. :)
ps: cuti cuti aku layan cite marimar, juvana ngan nora elena. sedap pulak.
pss: nur kasih jugak. oh, nanti jom tengok wayang Nur Kasih The Movie :)
psss: sinetron sejuta cinta marshandar macam bangang. nyampah betul aku tengok cite endon ni.
pssss: korang notice tak, kat tv da banyak cite yang perempuan die pakai tudung? hmm.. baguih la tu.
psssss: anggap je katun tu ade tangan.. aku da cukup malas nak lukeh. haha
pssssss: oh, cuti ni korang buat ape je?