Friday, November 26

From 1991 to 2010

selama 19 tahun, aku nak ceritakan peredaran dan perubahan zaman yang berlaku. aku tak sure la sumenye aku ingat.. tapi aku akan pastikan aku ingat jugak ah. ok, cerita die bermula dari aku masuk taska. . .

taska ..
err. name taska tu aku tak ingat. tapi kat petaling jaya. sekarang da takde da. hmmm sayang kan? dulu dulu, zaman budak budak comel, aku ade geng. sebab taska tu untuk anak staf je, so tak berapa nak ramai la. aku tak ingat sangat name name nye tapi antara nya ; izati, dalila, kak dina, amar, khairul, along(hafiz), abang aku. fuuwahh! ingat! haha. ha dorang la. time tu aku follower je. sebab aku paling kecik en. so, ape dorang buat itu la yang aku buat. aku pun tak sure la aku pikir ape time comel comel camni.

sekolah rendah 1
sekolah hira' nama dia. sekolah arab. *keningkening. masuk zaman persekolahan. aku disekolahkan dengan abang aku. hari pertama je aku excited. sebulan lepas tu, haram. dah la takde kawan. haha. sekolah tu kat klang. so, aku kena pegi naik bas. bas tu pulak ambik pukul 6 pagi! wooh. maksudnya, tiap tiap pagi, aku kena bangun pukul 5.30 pagi! ish. masuk sekolah tu, aku asyik berkepit ngan abang aku. geng taska aku da takde. sebab dorang sekolah kat tempat masing masing la kan. sampai la satu hari tu, seorang perempuan ni ajak aku dok sebelah die kat dalam bas. die lah kawan pertama aku kat sekolah tu. fatimah namenya. kakak dia fasihah. kakak die ar yang suruh fatima ni kawan ngan aku.

lepas da ada kawan, aku tak kesah pasal abang aku.. sampai satu hari tu, aku rase aku macam kena tikam belakang. waaah. time darjah satu tu! aku ingat lagi. standard la kan, gaduh gaduh dalam berkawan. mase tu jugak , aku belajar untuk hadapi semua keseorangan. seminggu aku takde kawan berborak. nak cari abang aku, segan. sebab tak lame tak pegi cari die. hmm. pastu aku tak pandai pun. sampai darjah tiga, aku rasa aku banyak main main. aku ingat lagi, aku tak buat langsung latihan english. gaahaha. resultnye macam ni la. XD bahasa arab pun aku tak suka. so, darjah empat, aku kena pindah sekolah lain. tapi, abang aku stay.

sekolah rendah 2
sekolah rendah seksyen 18. first time tu, aku nervous gila. sebab takde kawan gak. kawan aku sume kat sekolah lame la kan. kebetulan, jiran aku yang rumahnya sebelah rumah aku pun sekolah situ, dan satu kelas. hehe. aku pun, bercakap cakap la ngan die. "pegi sekolah same eh" dan sebagainya. hari pertama kelas, aku duduk sebelah die.. hari kedua kelas, kitorang kena tuka tempat duduk . cikgu yang set kan. hmm. mase tu, sume laki perempuan kena duduk sebelah sebelah. sebelah aku time tu lelaki, nama dia daniel. kami selalu betekak. aku tak tau la ape yang die tak puas hati ngan aku. -.-"

lepas tu.. bermula la era aku ramai kawan baru. sebab takde langsung yang kenal abang aku. muahahaha. masuk darjah lima, aku da ada geng baru. bestfriend. musuh. hehe darjah 5, aku dimasukkan ke dalam kelas yang second last. hmmm. duduk sebelah india busuk. serius die ni pengotor! da la baju tak basuh.. dalam beg ade burger basi! hahaha nasib baik bukan duduk berdua. duduk berenam. tiga mengadap tiga.. macam kat taska la kot. pastu darjah enam, aku dimasukkan ke dalam kelas second. a'ah. second terpandai. yang first tu ramai pengawas. yang second ramai baju putih. seriously, aku rindu kelas aku time darjah 5 tu! kelas ni bapak la senyap! aku terkejut gile. cikgu takde dalam kelas pun , sume bukak buku. patutnye main! muahaha. tapi, aku sorang natey ni.. die selalu ngan kepala die ar. aku tak suke sangat die. tapi bile die selalu kena kena kan orang, kadang kadang aku join. muke die macam blur, tapi serious.. 5A kot upsr. tapi die memang pandai. aku pun baru tau mase form 1.

sekolah menengah I
sekolah menengah kebangsaan seksyen 18. aku dapat kelas yang second gak. sebab result upsr tak bape nak gempak. hehe. aku ingat lagi, first class, cikgu ape tah tanye ; ape perasaan kamu bile da jadi remaja? . eeergh. aku tak suka betul. tengok la bape banyak orang yang dah berubah bile masuk sekolah menengah. ee bajet je. ingat da besar sangat ke. time tu aku jawab ; tak suka. banyak tanggungjawab. tapi cikgu tu tak dengar. die nak jawapan positif je kot.

haa lagi satu. abang aku pun sekolah sini gak. tapi die aliran arab (pagi), aku aliran biasa (petang). maka kami tidak berjumpalah. tapi, aku agak dikenali gak dikalangan pelajar pagi. beysaa arr tu. dari sekolah rendah pun camtu. hmm. aku kat sekolah ni tak lama pun, pastu pindah sabah sebab my mom kena transfer kat sane 2 tahun.

sekolah menengah II
sekolah menengah kebangsaan perempuan likas. ehem. mention skali lagi, sekolah menengah perempuan. perempuan ye. haha. mule mule aku excited. sebab aku tak payah nak risau lagi pasal gaduh gaduh ngan lelaki. ok, first day sekolah.. time dalam kete lagi aku da terbayang bayang keadaan aku kat sekolah tu. da imagine dah. mesti aku sorang sorang , takde kawan. masuk sekolah tu, perghh kecoh habis. beysaa ar perempuan kan. nak cari kelas sampai kena tanya orang. ok ok chopp. sampai sampai kat kelas.. err? kelas ke stor ni? meja belambak lambak! first day kelas je da kena bawak meja pegi belakang sekolaa~~??? XD

tapi, dorang peramah. ohh sume perkenalkan diri. baguss gila. aku lak yang segan silu. hmm. kat sekolah ni, baru aku belajar cara nak jadi perempuan. you guys bayangkanlah, aku jalan jalan pakai seluar track ngan tshirt lengan panjang , tudung selimpang dan seliper je. sempoi kan? oh oh. banyak arr nak cite kat sini. nanti aku post title yang lain ah pasal sabah. hehe
bla bla bla.. habis PMR, da tamat tempoh 2 tahun, pindah balik ke semenanjung.

sekolah menengah III
sekolah menengah kebangsaan seksyen 18. aku berpindah balik ke sekolah ni. tapii.. aku masuk lambat seminggu. haha. dah la kena pegi kelas sendiri. bapak sengan ah. hmm agak femes gak la aku time tu. tambah tambah lagi, da satu sesi ngan abang aku (dua dua sesi pagi). fyi ; abang aku stay sekolah tu dan duduk kat asrama. hmm. aku kat sekolah ni tak lama. dua minggu lepas tu, aku dapat surat tawaran masuk teknik. kos computer. mule mule, aku was was. tapi bile pikir balik, ambik je laaa~. so, the end of this school. aku pindah ke teknik.

sekolah menengah IV
sekolah menengah teknik shah alam. hmmm. kat sini, mule mule, aku rase tak payah nak duduk hostel. so aku jadi la outsider. kelas time ade 10 orang je. -.-" . tapi syiokk. dorang tak belagak. duduk berborak borak sambil berkenalan. minggu pertama biasa la kan , minggu orentasi. haha. hari kedua sekolah, aku demam. so tak datang. orentasi tu, yang outsider join petang je, insider kena join sampai malam. aku memang bertuah. haha. lepas tu, intake kedua pulak. aku tak ingat la bile.. tapi yang masuk kelas tu 10 orang gak. maka jadi lah maximum kami ; 20 orang sahaja. ngam ngam. hmm. tapi sebelum intake kedua masuk, aku da masuk asrama dulu. hehe. aku masuk betul betul lepas minggu orentasi habis. haha

walaupun tak ramai, kami macam berpuak. tapi bole berkomunikasi. hipokrit kan mereka. ergh . masuk sekolah ni, aku makin menjadi jadi. kat situ la aku makin selalu berperang (perang mulut ja) , situ la aku pandai touching touching, situ la aku belajar "usha usha" (lelaki ramai kan), situ la aku pandai hidup. sebab duduk asrama kan. kat sekola ni gak la aku pandai nak couple couple . gaahahaha. sampai SPM. aku rindu betul.

alam tamat sekolah
aku keje kat McDonalds. hmmm malas nak cite banyak kat sini. tapi lame gak aku jadi employee sini, sampai banyak kejadian berlaku, aku resign. malas malas. haha. tapi dulu dulu best ar keje sini.. seronok. orang orang die best. XD

sambung belajar
UiTM Melaka. my current tempat belajar. sekarang ni dah habis semester 3 and akan masuk semester 4 untuk bulan 1 tahun depan. tak sabarr! hahaha. malas ah nak cite yang kat sini. tunggu da grad ah baru cite balik. muahahaha.

ps: bapak penat menaip!
pss: hebat gak daya ingatan aku en . B)
psss: makin lama makin malas nak menaip.
pssss: panjang siott aku bercerita. karangan! haha
psssss: malas ah nak upload gamba. hitam putih da ar. XD

10 comments:

  1. huhu best post ko nie
    tp lagi baik r kolo ko masukkan nama2 rakan seperjuangan ko..
    hahahaha :P
    p/s: saje nak market

    ReplyDelete
  2. nina.. kau bace ke??
    impresive. hehe
    xpe.xpe. aku phm. emm..
    post yg lain ar aku msukkan nama2 mereka. hehe ;)
    ps: tggu aku blaja jln g unisel, nt aku melawat kau. hee

    ReplyDelete
  3. bek tunggu ko kawen jer baru citer lg, bru r pnjng sket citer nyer nnti... haha best2

    ReplyDelete
  4. masa sekola renda duduk meja gabung-gabung.?
    sebijik.! hahaha. pastu sebab kes meniru banyak., tukar balik keadaan asal.

    eh. ko ni rebel jugak an dulu. kah2.

    ReplyDelete
  5. rebel knp ye? huhu

    kejap, tak penat ke baca sume sume ni? mate aku da berair da ohh. XD

    ReplyDelete
  6. eh.?

    berair tido ler. hahaha.

    bukan ko baca komen je ke.? haha.

    ReplyDelete
  7. ha tu la pasal. sat g aku tdo le. haha

    kau suka tak jawab soalan pertama. ;p

    ReplyDelete
  8. citer ar pasal abg ko yg hensem 2..

    ReplyDelete
  9. buat semak jeeee~ muahahaha.
    ko pehal nk baca2 sini?

    ReplyDelete

Menaiplah dengan bersungguh-sungguh!