dianjur oleh pendekar berkuda
itu nama tajuk segmen dia. aku sengaja tukar. takpe kan?
mesti la takpe. kalau tak boleh, aku tuka balik.
tapi yang penting cerita dia. grrrr. dua hari aku cuba ingat balik apa perkara yang memalukan pada tahun ni. ? aku rasa macam takde. ade pun.. ape die? takde la memalukan sangat kot. tapi ade! cuma, aku tak tau la nak cite macam mana. kalau cite pun, bukannye malu sangat pun. uhuk. tapi peduli ah. yang ni betul memalukan aku.
kejadian ni berlaku pada semester tiga, tahun ini. dua minggu before start study week. .. minggu test belambak. pergh, bole buat novel siot . haha. aku masuk debat sem lepas. debat. ye debat. ko-kurikulum debat. kau tak payah nak kagum sangat lah kan. buduh. memalukan aku betul. aku tak reti berdebat. even bercakap depan orang ramai pun aku tak cukup berani sebenarnye. sebab tu lah aku lebih gemar menaip je. takde orang tengok atau dengar, tapi ade orang yang membaca dan memahami dan mereka memberi respon. waah. magic kan?
ok off topic. sorry. ape yang memalu kan aku pasal debat tu ialah bila aku tergagap gagap kat depan. damn damn. amende tah aku cakap. aku tak sure. erggh. dapat plak group ngan budak yang memang dah pernah berdebat dan lagi sorang berani bercakap kat depan dan lagi sorang tak datang! memang takkk laaa aku je yang noob kat situ. kena plak lawan ngan pihak kerajaan yang dianggotai oleh sorang mamat yang style dan sorang mamat yang berkaliber serta dua perempuan yang good good. ahh. apesal la aku kena ingat balik benda ni. memalukan doh. patutnye sorang diberi masa 6minit masa bercakap, tapi aku ambik 8minit 30saat untuk duduk balik. ciss. menggelabah la kau seha.
padahal aku tak tau pun aku cakap ape. haha padan muka suma orang yang dengar tu. huhu T.T penat je aku praktis. tapi takde la praktis sangat pun. oh ya. time tu kami jadi pembangkang. oh ha, debat ni wajib plak tuh. sebab test kan. sebab tu la aku bersungguh sikit nak score. pfffffffffffff. dapat plak tajuk "wanita kini lebih suka rebung tua". macam haramm. aku nak shot je pale mamat yang bagi tajuk tuuu. grrr. ah ape ape la kan. time aku bercakap tu, aku bagi contoh artis perempuan yang berkahwin dengan lelaki muda. mula mula je confident bagai. "contohnya rita rudaini yang berkahwin dengan aidil zafuan abdul razak, pemain bola sepak negara .. bla bla , Liyana Jasmay dan Que Haidar yang juga merupakan suami yang muda" . tiba tiba kelas bising, "HAA???" . aku kabut. "Ehhh Linda Jasmay" aku tertunduk . kelas bising lagi "Jasmin laaaaa". "Ohh hhhaaaa Linda Jasmin. maaf".
aku merapu rapu tanpa henti. sebenarnya aku banyak berdiam diri. huhu. aku terasa macam orang yang tak betul berdiri tegak di depan kelas sambil yang lain hanya duduk dan melihat dan mendengar serta menanti dengan penuh bosan. ergh. aku lega bila times up. tapi aku tak duduk lagi. aku tergagap gagap. walaupun juri tu da ketuk meja berkali kali, aku still tak duduk duduk lagi. sebab .. .. aku tak tau camne nak end kan hujah aku~. hahaha. last last sampai hakim pun siap bisik bisik, "cakap je pape" .. aku pun terus cakap "mintak untuk terus membangkang". pastu terus duduk. aku rasa aku macam bangang je kat depan tu. bodo betul. huuu.
eleee tapi group kami menang gak. heh.
nak berdebat ka? mari laaa. aku tak kesah punya. erk?
oh selain tu. aku teringat gak kisah muka aku dicalit dengan dakwat hitam dan aku tak perasan mengenai calitan itu, dan kawan kawan yang berjalan bersama tidak menegur tentang calitan itu, dan aku berjalan seperti biasa menuju ke kelas. dalam kelas baru aku perasan. pergh. dan calitan itu berada di batang hidung dan pipi. dah macam askar da kot. ceh. patut la suma menengok je. grr
tag : fatin siong nina
encik penganjur.
ps: aku ada rakaman video aku berdebat. tapi sampai sekarang aku tak berani nak tengok video tu. HAHA!
pss: cara aku bercerita macam cooll je kan? HAHA muntah la kau.
psss: aku noob. ya, true. hmm.
pssss: bagus gak benda alah ni. aku patutnye cerita pasal debat ni bulan 10 lepas. huh?
pssss: bagus gak benda alah ni. aku patutnye cerita pasal debat ni bulan 10 lepas. huh?
Ok apsal pemalu depan org ramai? Haha.
ReplyDeletesebab memang pemalu laaa~ haha ;P
ReplyDeleteaku pun pemalu jugak sebenarnya :P
ReplyDeleteHaha. susah nak pcaye.
ReplyDeletesuka ayat ni...hehehe...
ReplyDeleteaku rasa aku macam bangang je kat depan tu. bodo betul. huuu.
hehehe...
cik FH tak nak tahu cerita memalukan kawan-kawan lain ka? 2 orang..tapi terpulang la..
ReplyDeleteiqa ; haha ang suka tiru aku~~ ;PP
ReplyDeletemr swift ; ape plak susah.. huu
pendekar ; arr? haha . ohh hak ah. lupe lak. hehe.
fh:nma fh ni apa sbnrnya??fh tu mksd apa??sy pun malu gak la,malu tapi mahu..heheee
ReplyDeletetakde ape lah.
ReplyDeletesaje je kacau.
achie ; fh? fh tu ape? francesca heiley? haha ;PP
ReplyDeletemr swift ; da pecaye kn skg? haha ;P
heee...c0mel je..eh eh..lawalarh lay0ut u syg...wee..
ReplyDelete<3,
sue