Saturday, April 23

Camon la kan..


ada masa tu,


kadang kala aku rasa..


give up.

malas untuk berusaha.
kecewa untuk bangkit semula.
rasa ingin untuk berhenti seketika.
kenapa?

semakin suntuk masa,
semakin aku putus asa.
mungkin perkara biasa?
atau luar biasa?

ps: pergghh, pantun empat kerat tu kot weh! haha balas balas.
pss: paper OS macam shit. memang tak patut betul orang yang buat soalan tu. T.T
psss: kalau tak study, menyesal. kalau study pun menyesal. ni sume OS punye pasal!
pssss: hah! pantun lagi.. hahaha
psssss: rasa asyik nak mencarut je~~ grrrhhh.

Wednesday, April 20

Final FEVER!


ok. lemme explain.
condition aku sekarang sangat sangat tak stabil. perghh. aku berharap masa dicepatkan. cepat cepat cepat. tak larat wehh. minggu minggu begini, membuatkan aku bertukar menjadi ulat buku. damn. oh ye, nak cite pasal condisi aku.. kalau tengok gambar, ade la nampak something kat mata en. tapi gambar tu mase bile tah.. sekarang da makin teruk. jerawat naik mendadak kat atas dahi. dalam semak semak rambut.. grrhh. kenapa perlu tumbuh kat situ? lepas habis minggu test dan presentation, jerawat lain tumbuh sepanjang batang hidung. wah wah wah. tak pernah pernah jerawat tumbuh lebih dari 5 biji. cis..

tapi aku pelik ah. kenape aku mesti letak gambar tu eh? eih..

woohhhh.. kejap. sebelum tu,
SELAMAT MENJAWAB &
SEMOGA BERJAYA BERSAMA SAMA! :) 

ps: bajet siot minah ni. cis.
pss: bukak buku, tutup mata. bukak mata tutup buku. ape tu? hehe
psss: aku rase budak genius mesti tak tau bende alah tu en. cis cis cis.
pssss: ade sesape nak tuka otak tak? grrhhhh.
psssss: oh ye.. nanti da bebas dari belengu final, aku post tutorial flash ye. :)

Saturday, April 9

PALING TENSION!

TIME TABLE
9 APRIL ; SIAPKAN DATABASE
10 APRIL ; SIAPKAN HTML/ASP
11 APRIL ; TEST MANAGEMENT
12 APRIL ; TEST DATA STRUCTURE
13 APRIL ; PRESENTATION DATABASE & TEST OPERATING SYSTEM
14 APRIL ; DUE DATE HTML/ASP
15 APRIL ; TEST STATISTIC
STUDY WEEK
20 APRIL ; FIRST PAPER FINAL EXAM
30 APRIL ; LAST PAPER FINAL EXAM

KEPALE HOTAK DIE!

Thursday, April 7

Cerita tiga sekawan.

lawak dowh. haha

pada tahun 2004, di sebuah kampung pendalaman di negeri Sarawak, terdapat tiga orang sahabat karib. Mereka ialah ; Bot Do, Ot Tuck, dan Hee Lang. selepas tamat zaman persekolahan mereka, mereka bercita cita untuk menjejakkan kaki ke bandar di Semenanjung Malaysia. setelah bertahun tahun menunggu, akhirnya kini tiba masanya.

setibanya di KLIA, mereka begitu teruja. biasa la, baru first time masuk bandar la kot en. dari pemandangan pokok bertukar kepada bangunan, dari cara "kampung" kepada cara "barat". mereka menaiki teksi, dan meminta untuk terus ke KLCC, memandangkan satu satunya nama tempat yang mereka tahu di KL.

Bot Do : Pakcik, tolong bawa kami ke KLCC!

Teksi : Ok.

Mereka tiba di hadapan KLCC. Hee Lang sangat sangat teruja. bak kata orang putih, excited. dia terus keluar dari teksi dan membawa diri melihat keindahan dan kecanggihan bangunan KLCC itu. sementara itu, Bot Do sibuk mengira duit tambang teksi. sedar tak sedar, Hee Lang makin jauh ke dalam bangunan. Manakala Ot Tuck setia menunggu Bot Do.

Selesai membuat bayaran, mereka memulakan aktiviti menangkap gambar. Mule mule gambar Bot Do, kemudian Ot Tuck. begitulah dan seterusnya. Mereka cuba mencari Hee Lang, namun lebih fokus dengan tempat tempat menaik untuk bergambar. masa kian berlalu.. sehingga Ot Tuck dan Bot Do penat berjalan dan bergambar. tetapi, mereka masih tak jumpa Hee Lang lagi.

Siang bertukar malam. Kelibat Hee Lang masih tidak kelihatan. Bot Do sudah mulai risau dan gelisah manakala Ot Tuck kelihatan biasa. mereka menunggu Hee Lang di tempat pertama mereka sampai di KLCC ; entrance KLCC. tunggu punya tunggu, Hee Lang masih tidak kelihatan. akhirnya Bot Do membuat keputusan untuk membuat report polis. dan akibat kebosanan juga, Ot Tuck pergi membeli surat khabar.

Bot Do : Hello, polis?

Polis : Ya, bole saya bantu?

Bot Do : Saya nak buat aduan.

Polis : Aduan tentang ape ye encik?

Bot Do : Kawan saya hilang!

Polis : Ok, sila berikan nama encik, nombor talipon dan butir diri kawan encik?

Bot Do : Nama saya BotDo. saya tak tau berapa nombor talipon. Kawan saya Hee Lang.

Polis : (terdiam sekejap, cuba berfikir) Nama kawan encik?

Bot Do : Kawan saya Hee Lang.

Polis : Ye saya tahu dia hilang, saya tanya nama die. Nama kawan encik siapa?

Bot Do : Hee Lang. Nama die Hee Lang. Kawan saya Hee Lang!

Polis : (terdiam lama, tahan sabar) Kawan encik yang hilang tu, ape name die?!

Bot Do :  Hee Lang lah polis! Hee Lang. HEE LANG!

Polis : (makin bengang) Saya tahu die HILANG! Saya tanya name die!

Bot Do : HEE LANG!

Polis : Eyhh encik ni bodoh eh?!

Bot Do : A'ah. Kan tadi saya da bagitau.

Polis : Mane otak encik ha?!

Bot Do : Oh, die ade. tengah bace surat khabar.

tupppp. talian dimatikan.




cerita ini adalah rekaan semata mata.
tiada kena mengena dengan yang hidup
mahupun yang telah meninggal dunia.

ps: first time aku dengar cite, gelak sampai sampai krem pipi doh!
pss: kalau tak kelakar, emm.. takpe lah. duh.

Drama punye pasal..





selalunya masa masa free la
aku selalu berehat panjang.


lepas da penat berehat,
aku on laptop, bukak KMPlayer.


kalau lapar, aku makan la kan.


kire bagus gak laa kalau aku bukak buku tu..



lepas masa tu berlalu,
drama pun da habis,
baru aku sedar..
aku tak dapat ape. -.-

aaaaaaaaaaaaaahhhh!!

ps: kalau free tu free sangat. kalau busy pun busy sangat.
pss: tolonglah bagi aku berbaik dengan buku buku plak wei..
psss: pian & afiq pernah berkata ; "aku tengok (entry) blog kau sume tension je.." huhuhuhu

Wednesday, April 6

Siong oh siong.


its better to share with someone, than to keep it silent.

not your fault, so why take any risks?

be strong, because life is short.

life need a change, but there are a change that we don't need it.

memang la senang nak cakap, buat susah kan? nasihat aku ; lupa kan je lah die weh. aku bukan nak menyebok, tapi kesian kat kau. hidup kau bukan untuk die, jadi kenape kau nak pikir lagi pasal die? kau ade hidup kau sendiri, hidupkan hidup kau sendiri. jangan harapkan orang lain. Allah da bagi ape yang kau patut ade.. so guna kan semua. yang Dia tak bagi or yang kau tak dapat, dont be worry, you'll get the better one later. jangan yang dikendung tercicir, yang dikejar tak dapat.

aku tak tau cite sangat, tapi aku macam tau la jugak. kau baik orangnye.. tapi orang tu buat kat kau macam tu. aku pun tak bole terima. rase nak baling baling laptop pun ade.. aku tak rase ape yang kau rase, so aku takleh nak lebih lebih jugak en. tapi kau kena tolong diri kau sendiri. ade ape ape, kau cerita je la kat sesape..

such a pathetic. sorry.

ps: siong, takyah la bawak diri. kawan kawan kau ramai. :)
pss: susah nau nak contact kau sekarang. bile nak karaoke weh? komen ah sini weh.
psss: post paling takde kena mengena ngan aku. uhuk.

Monday, April 4

Wabak percakapan. (?)


"untung laa.. duduk atas kerusi"
"untung laa.. takde kelas malam"
"untung laa.."
"untung laa.."
"untung laa.."

"untung budak ni~!"
"ape plak tak untung!"
"tak payah nak untung sangat laa"

"untung laa.. jadi budak baik"
"baikkk budak ni~!"
"ape plak tak baik!"
"tak payah nak baik sangat laaa"

ahh. ape punye jenis ayat ni.
sorang cakap, merebak satu kelas.


termasuk aku.
-.-"

ps: untung laa.. dapat post entry.
pss: post budak ni~!
psss: ape plak tak post!
pssss: takyah nak post sangat laaa~
psssss: ahhh! eh, ni ayat rempit eh?
pssssss: habis laa, pasni kena pukul laa.
psssssss: bodo je.

Saturday, April 2

Judge a book.








but, i do judge a book by its cover :)

kadang kadang muke depan je cam bosan,
cerita kat dalam seronok gaban.

kadang kadang muke depan style,
cite kat dalam pun style.

tapi selalunya aku memang tengok cover die je. tak bace pun. 
kalau smart je aku bace. -.-

ps: tapi, kalau orang kate buku tu best, aku bace sebab nak tau ape yang best.
pss: bile tak best, aku rase cam buang mase. nak bunuh orang pun ade.

Friday, April 1

Da maju sikit.


dari putih ke merah hati.
dari jpg ke swf.
dari simple ke semak!

nak buat macam mana,
dah aku suke tulisan ni.

gambaran tulisan tangan aku jugak la.
takde la same, tapi lebih kurang same.


review header yang sebelum.

ps: gaya aku macam orang yang free gile takde keje langsung.
pss: padahal..

GoodBye RP!




due to some unreasonable reasons
Reverse Psychology will be shut down.
sorry for any convenient.

Takde life.


lepas makan, tidur.
bangun tidur, terus makan.
lepas makan, mandi.
lepas mandi, tidur.

esoknya, aku rase..
aku makin bengap.

TAKDE LIFE DOH KAU!

ps: eh? bukan patutnye aku busy ke?
pss: patutnye memang la aku busy.
psss: ahh asyik busy je.. bosan la jugak.
pssss: keje menimbun kot. siot.
psssss: takde life. siot lagi.
pssssss: oh ye aku sedar.. BURUKNYE PERANGAI!