Tuesday, June 29

Sabar. Sabar. Sabar.

rilek seha. ni baru ujian kat dunia. semua tu dugaan je. nak tengok kau kuat mane. kuat lagi seha! keep it up! tahan. sabar. tuhan maha mengetahuikan. maha adil. u'll be find someday. just chill. kau yang mulakan dulu, so you should know how to stop it. tak lame la seha. dunia ni kejap je. jap lagi ok la tu. keadaan akan kembali pulih tak lama lagi, insyaallah.

kau kena kuat lagi kali ni. sebab kau dah banyak kali jatuh. takkan nak kasi jatuh lagi? tak serik ke? kali ni, kena bangun sendiri.. jangan mintak tolong yang lain, sebab nanti mungkin kau akan dilepaskan bila bila je. nanti kang lagi sakit. baik kau bangun sendiri, at least kalau jatuh lagi, kau boleh berpaut kat mana mana. takde la sakit sangat.

kawal diri seha. jangan biar nafsu menguasai diri. ubah peribadi, cara sendiri, dan personaliti. kau perlukan perubahan diri. its time to change to a better place. lupakan yang lepas, mulakan yang baru. but make sure, the new one is better. :) . belajar buat keputusan sendiri. stop depending on other. you should know how to survive alone. be independent. you are no longer children, you are adult now. be mature.

learn from lesson. hiburan pun tak dapat puaskan hati kan? free your mind seha. time to get busy. aku rase tu yang seronok sebenarnya. kenapa eh? life need challenge. kalau takde ujian, tak feel la wei. bile nak rase cuak kan? gelak selalu pun tak best sebenarnye. nak tau sebab ape? sebab nanti hilang rase nikmat ketawa. tapi tak tau lah betul ke tak. main cakap je. tapi dorang cakap, ketawa ialah penawar segala penyakit? ala, time ketawa tu je la tak rase sakit. lepas da tak ketawa tu sakit balik. penawar pe camtu. haha.

biar pun kau seorang kat dunia ni.. Allah ade. malaikat kiri kanan kau. setan lagi bersepah sepah. Nabi Adam pun sorang sorang gak dulu. lame lame kan Allah bagi dia Hawa. tunggu je lah. you dont know what is your destiny. whats your life is all about. but, be prepare. standby and be ready. it can be started at any time.

hidup ni, ade manis, masam, pahit, kelat, tawar, piau, ape lagi? ape ape la en. kalau manis je memanjang, bole kena kencing manis oh! kalau masam je plak, bole kena darah tinggi. eh? yeke? main hentam je. kalau camtu masam manis, sedap gak kot? kan? kalau pahit, ha, pahitkan tak sedap, tapi itu la yang bagus. macam ubat, memang la tak sedap, tapi bagus.

ohh ape kena ngan aku ni? aku en, sebenarnya nak bercakap/berborak ngan someone.. tapi tak boleh. forbidden. jangan jangan. tapi.. aku nak bagitau dia something. tapi, tak tau macam mana. aku nak dia tau. tapi tak boleh bagi tau. so, blog ah mangsa. aku harap sangat dia baca. tapi. macam harapan gila. haha. takpe, aku anggap je la dia da baca. memang TAK la wei.. aku just nak luahkan perasaan je. tapi tak tau kat sape. so, kat blog pun jadi laa.. tak salah pun en? korang ah sebok je nak bace. tak mintak pun. internet kan tempat luahkan perasaan? eh?

ok, start balik. macam mana nak lupakan? seha.. no need to forget. kau ada hak untuk nak memories ke nak rindu ke nak ape ke.. itu hak kau. you just need to be strong. smile dude. its just a lesson to learn. pengalaman kan banyak mengajar. so chill la. bukan kau sorang je rase benda ni.. ramai lagi. bezanya cara to overcome this problem. lain orang, lain cara. chill sudah.

perh. seronok ah taip panjang panjang. haha :)

SO7 - Seberapa pantas



"Celakanya hanya kau yang benar benar aku tunggu. hanya kau yang benar benar memahamiku."
ps : patutnye, "Oh sayangku" kan?

Saturday, June 26

Dewa - Pupus




comment : bodo tul pompan dalam vidoe clip nih.

Friday, June 25

Change me a lot.

eh. kenapa kau macam ni sekarang? makin psycho do! gile ape? masalah mental do. dah tu. nak buat macam mane kan? alah. tak payah la nak persoalkan. tak kronik pun aku rase. standard la tu. sume orang ade masalah sendiri. kan kan kan?
*sigh*

Kawan? Sahabat? Teman?


em.. aku takde kawan sebab aku tamak? yeke? betul la kot. kan dah. last last mesti kena tinggal je. lagi pun.. yela.. sape la nak kawan dengan aku kan? [psycho] . lately aku asyik terpikir, whats going on? ape yang terjadi sebenarnye? kenape aku macam ni? ape yang aku nak? aku nak ape? aku tak puas hati ape lagi? kan.. u see.. tamak kan? ape yang tak lengkap lagi?

nak kate takde kasih sayang, family perfect lagi. kawan? even takde BFF (Best Friend Forever), aku ade FFB (Friend For Benefit), but still "Friend". so, dikira ada la jugak kan. pasangan? wei, come la, kau tu muda lagi. 19tahun pun tak cecah lagi do. duit? takde ke? ade je kot. ilmu? abis, pegi U tu buat ape? kereta? rumah sendiri? job? sume ade dah. cume parent punye la.. tumpang je. nak sendiri punye ke? tapi takkan sebab tu kot? ah takde maknenye.

bile pikir pikir, selidik balik, tanye hati.. aku nak seseorang yang bole bimbing aku, ajar aku, faham aku. tak kesah la laki ke perempuan. tapi kalau tengok dunia sekarang, ade ke? bole jumpe ke? boleh tu, insyaallah. so conclusion, aku nak kan sahabat dan teman.

tapi aku kan teruk. selfish. tamak. sombong. berlagak. ngade ngade. ade ke yang nak kawan ngan kau seha? 2711191. nombor 1 ade 4/7. kau memang loner la wei. tolong la accept bende tu. dah la seha. bape tahun lagi kau nak jadi macam ni? dari form 1, tak abis abis lagi ke? bile dah dapat, tak bersyukur. padan la ngan muke kau. dah la.. terima je. kuat seha! tak lame.. nanti kat kubur pun kau sorang sorang jugak. sabar k. :)

Thursday, June 24

Surat perletakan jawatan.

*blugh*
maka dengan ini, secara rasminya,
2 Julai 2010 ialah hari terakhir aku di McDonalds.

hmm.. meh story sket. perletakan jawatan ini dibuat setelah 100x pikir. maybe faktor paling utama sebab penukaran store manager kot? atau crew yang akan berkerja pada hari akan datang? atau.. kecik hati? mungkin laaa. tapi takpe. dulu, kalau nak resign maybe nyesal kot. tapi sekarang dah lain.. dah banyak kejadian yang terjadi. lagi lagi cuti sem kali ni. perh. menakutkan.

makin lama, makin malas nak berkerja. pastu makin terasa. package. lagi satu, aku nak start hidup baru. mungkin cara ni membantu. crew pun sume dah baru baru. tak best dah. bile dah jadi senior, rase cam aku kena buat sume keje. senior ke? siot je.

rase sayang nak tinggalkan. sebab dah hampir dua tahun en keje sane. tapi, perasaan tu dilupuskan bile pikir balik, store manager pun dah nak kena tuka store. manager pun dah banyak kena pindah, and dapat manager baru yang .. hmm .. ok la. yang tu tak penting, yang penting store manager, pokdey. anda sangat spoting! tapi gatal. oops. maaf ye. and, you're the great boss ever! :)

aku lagi suke time dulu dulu. time before sambung belajar. everything was just nice. sekarang, orang orang yang dulu dah makin surut. digantikan dengan orang orang baru yang .. em .. ok la. but, thing goes on same je. McD tetap the best! maybe sebab united kot. takde ar macam kat tempat lain, keje kau = keje kau, keje aku = keje aku. ape yang penting? "Kerjasama!" kan kan kan?

so, last word from me. "Bye uniform. sebab aku still customer McD nanti. kan?" :)

Tuesday, June 22

Tak tau.

i dont want a social life.. i just want to be nice. tak boleh ke? nampak social sangat ke? dah la perangai macam budak budak. tak segan ke seha? bile nak berubahnye? make a move! time to be serious. tolong la seha.. penat tau tak. sebab kau, aku kena tanggung semua. sakit la wei. change!

opp opp.. no more post about him. hmm.. rugi kan seha? eh dah laa wei. bodo tul la. buang je perasaan tu jauh jauh bole? keluarkan die. kosongkan tempat tu. hias tempat tu cantik cantik. dah serabut aku tengok. seha.. kate enjoyable? kontra je.. haha. dah lah. chill. yang ni tak payah post pun tak pe. tapi suke hati kau lah.

em. peliknye lagi.. dah beberape hari tak bole tido. padahal dah mengantok gila. hmm.. pandai pandai la jaga diri. bye.

Monday, June 21

Dah terlambat.

hmm.. padan muke kau seha. [psycho] . takkan baru nak sedar kot? bodo la kau ni wei. takde la, dulu aku nampak "Jangan" je.. nampak kosong la.. sekang baru nampak clear output die, even tak buat lagi. bole ambik example lagi tu kalau nak.

tengok orang kat cermin la kan.. tapi aku memang nak perubahan. haaaa tiap tahun pun kau nak macam tu. tahun ni ade ar sket. tapi tak ketara. tahun lepas, banyak gak change.. tapi mulut kau makin tak terjaga ar. paling ketara, masa form 5. mase tu la, aku rase kau baru ade perasaan. haha. eh. tahun ni kalau dapat aim tahap kematangan tu en, memang paling bermakna ar changes kau. paling menonjol dah.

tapi dah terlambat ah seha. ehh.. takpe. better late than never kan? aku still hidup lagi laa.. biar la perubahan berubahan berlaku selagi hayat masih ada. :) . die tak nampak, tapi kau tahu. its just nice. more than enough. aku ade, so prove it to me. die tolak tepi.. pegi jauh jauh. ok wei. make it the last post about him. pasni no more. OK? insyaallah.

chill seha.

Oh yeke?

peliknye. camne mamat sorang ni bole tau? follow this conversation.

F : Kamu selalu borak ape je ngan dia?
N : Bukan borak pasal U la.. borak pasal motor camtu.

F : Oh.. Die OK x?
N : Aku rase die senang marah marah.

F : Mane kamu tau?
N : Tengok cara die la..

F : Tengok cara die macam mana?
N : Cara dia la.. aku tengok kalau die dengan U tak bole ngam.

F : Sebab?
N : Sebab U kan jenis social, bercakap dengan mana mana orang je.

F : Eh?
N : Kalau kamu kawin, memang asyik gaduh gaduh je la.

F : Yeh?
N : Tak pun, U kena diam diam je la.. ape die cakap, ye kan je..

F : Oo.. mane kamu tau?
N : Tengok cara die laa..

F : Hmm..


pelik kan? masalahnye , betul. sume yang die cakap.. tepat do. memang berlaku.

Oo. Rupenye macam tu? aku tak terpikir plak camtu.. tapi rasenye memang betul. Patut laaa.. die forbid aku gune social-web, abis keje terus balik, kua inform dulu. OOoo.. sebab aku en tak reti jaga diri.. sume orang pun aku tegur je. apesal aku tak perasan yang tu? aku suke sangat bercakap. tapi, bile kena bercakap, tergagap gagap. ya allah.. serious tak perasan.

Oo.. tu point die.. hmm.. tapi seha. dah terlambat. kau terlambat bertapak tapak. takpe la seha.. aku ade. haha. die pun dah ade badan baru. dah lah. chill je. bende dah jadi. cakap "sorry" pun tak jadi ape.

Sunday, June 20

Bruno Mars ♥




sedap do suare mamat ni. muke pun bole tahan. cairr do! haha

MJ - Man in the mirror




asalnye nak post lain.
tapi teringat lagu ni cam ade kena mengena.
hmm.. so, post je la. yang lagi satu tu next time je la.
:)

Saturday, June 19

Amin~

:)

Fck la wei.


Booo~!


oh, rupenye. dah ade.. tak nak bagi tau. pastu takut kantoi, cover line marah aku. cam sial pule? eih dah la wei.. tak gune nak menangis nangis sebab ni. let go je la seha. dia tak cukup kuat untuk kau. kau pun tak cukup matang untuk dia. sakitnye wei.. takpe takpe. kite bukak lembaran baru. untuk beberape tahun akan datang, biar aku dengan kau je lepas ni.

habis habis habis. tak yah menaip lagi. gilaa. bye.

Sunday, June 13

Result.

cite pasal keputusan peperiksaan sem dua. well, LULUS! tapi GPA jatuh banyak ohh! so, CGPA jatuh gak la. but still 3 point lagi. cuak next sem je laaa. ho ho. taubat doh. tak main main dah. sem tiga masa untuk berubah!! haha. buat yang terbaik! jangan kasi jatuh pointer!! :)

Saturday, June 12

Bila rindu - ruffedge.



:')

Tuesday, June 8

Asal wei?

ntah. kenapa tibe tibe tanye? peliknye. kalau ye pun nak tanye, nape soalan tu? eh? mana tau? tak tak.. macam mana boleh terpikir nak tanya? takde soalan lain ke? alaa wei. biasa la tu. jangan la pikir bukan bukan. oh oh oh please please please. huu

bosan do hari ni. rase malas gile. ergh. rimas!

Wednesday, June 2

Again.


Dosa yang kelima.
danger do.
argh.
:(