Thursday, April 7

Cerita tiga sekawan.

lawak dowh. haha

pada tahun 2004, di sebuah kampung pendalaman di negeri Sarawak, terdapat tiga orang sahabat karib. Mereka ialah ; Bot Do, Ot Tuck, dan Hee Lang. selepas tamat zaman persekolahan mereka, mereka bercita cita untuk menjejakkan kaki ke bandar di Semenanjung Malaysia. setelah bertahun tahun menunggu, akhirnya kini tiba masanya.

setibanya di KLIA, mereka begitu teruja. biasa la, baru first time masuk bandar la kot en. dari pemandangan pokok bertukar kepada bangunan, dari cara "kampung" kepada cara "barat". mereka menaiki teksi, dan meminta untuk terus ke KLCC, memandangkan satu satunya nama tempat yang mereka tahu di KL.

Bot Do : Pakcik, tolong bawa kami ke KLCC!

Teksi : Ok.

Mereka tiba di hadapan KLCC. Hee Lang sangat sangat teruja. bak kata orang putih, excited. dia terus keluar dari teksi dan membawa diri melihat keindahan dan kecanggihan bangunan KLCC itu. sementara itu, Bot Do sibuk mengira duit tambang teksi. sedar tak sedar, Hee Lang makin jauh ke dalam bangunan. Manakala Ot Tuck setia menunggu Bot Do.

Selesai membuat bayaran, mereka memulakan aktiviti menangkap gambar. Mule mule gambar Bot Do, kemudian Ot Tuck. begitulah dan seterusnya. Mereka cuba mencari Hee Lang, namun lebih fokus dengan tempat tempat menaik untuk bergambar. masa kian berlalu.. sehingga Ot Tuck dan Bot Do penat berjalan dan bergambar. tetapi, mereka masih tak jumpa Hee Lang lagi.

Siang bertukar malam. Kelibat Hee Lang masih tidak kelihatan. Bot Do sudah mulai risau dan gelisah manakala Ot Tuck kelihatan biasa. mereka menunggu Hee Lang di tempat pertama mereka sampai di KLCC ; entrance KLCC. tunggu punya tunggu, Hee Lang masih tidak kelihatan. akhirnya Bot Do membuat keputusan untuk membuat report polis. dan akibat kebosanan juga, Ot Tuck pergi membeli surat khabar.

Bot Do : Hello, polis?

Polis : Ya, bole saya bantu?

Bot Do : Saya nak buat aduan.

Polis : Aduan tentang ape ye encik?

Bot Do : Kawan saya hilang!

Polis : Ok, sila berikan nama encik, nombor talipon dan butir diri kawan encik?

Bot Do : Nama saya BotDo. saya tak tau berapa nombor talipon. Kawan saya Hee Lang.

Polis : (terdiam sekejap, cuba berfikir) Nama kawan encik?

Bot Do : Kawan saya Hee Lang.

Polis : Ye saya tahu dia hilang, saya tanya nama die. Nama kawan encik siapa?

Bot Do : Hee Lang. Nama die Hee Lang. Kawan saya Hee Lang!

Polis : (terdiam lama, tahan sabar) Kawan encik yang hilang tu, ape name die?!

Bot Do :  Hee Lang lah polis! Hee Lang. HEE LANG!

Polis : (makin bengang) Saya tahu die HILANG! Saya tanya name die!

Bot Do : HEE LANG!

Polis : Eyhh encik ni bodoh eh?!

Bot Do : A'ah. Kan tadi saya da bagitau.

Polis : Mane otak encik ha?!

Bot Do : Oh, die ade. tengah bace surat khabar.

tupppp. talian dimatikan.




cerita ini adalah rekaan semata mata.
tiada kena mengena dengan yang hidup
mahupun yang telah meninggal dunia.

ps: first time aku dengar cite, gelak sampai sampai krem pipi doh!
pss: kalau tak kelakar, emm.. takpe lah. duh.

2 comments:

  1. aku dah penah baca.
    tp kelaka ttp kelaka! HAHA

    ReplyDelete
  2. sambung esok baca lagi. haha.
    beb, this is my new blog. follow2 :P

    ReplyDelete

Menaiplah dengan bersungguh-sungguh!