Friday, May 14

Shoudnt be posted.

syukur alhamdulillah. berjumpa dengan kamu, walaupun mengundang dosa dan penipuan yang berpanjangan, dalam diam membawa kepada perubahan. walaupun aku tidak pernah suka dengan apa yang aku lakukan, dan setiap permintaan kamu.. dalam diam mengingatkan aku kepada yang Esa. biar pun nampak hipokrit, namun, yang Maha Mengetahui lebih mengetahui isi hatiku. pintu taubat akan sentiasa terbuka buat ku, buat mu.

kau merubah hari hari ku. walaupun ada masa nya aku tidak berkata benar. aku menerima perubahan dalam hidup ku. kamu merubahnya tanpa sedar. kamu memarahi ku kerana perbuatan dan cara aku, begitu juga dengan aku. kita tidak pernah selari, tetapi saling membantu. jika kamu boleh mengubah hidupku, aku yakin, aku juga boleh mengubah hidupmu.

kita saling menyeksa antara satu sama lain. namun berdoalah semoga penyeksaan ini akan dibalas dengan kebahagian. ya allah. ampunkan dosa hambamu. ampunkan dosaku sama ada yang disengajakan mahupun tidak disengajakan. amin.

No comments:

Post a Comment

Menaiplah dengan bersungguh-sungguh!