Thursday, December 23

Result PMR da kua ?

Oh, ya. Good Luck ye adik adik sume.

Sape je yang ambik PMR tahun ni? .. takde.

Ah, aku nak cite pasal pengalaman ambik keputusan peperiksaan besar ; UPSR PMR SPM.

UPSR
Sehari sebelum result kua, aku tak boleh tidur. Makin nak tidur, makin terbayang bayang. so aku pun main la game the sims sampai subuh. malam tu da janji ngan min nak pegi sekola sama sama. janji pukul 10 pagi. okayh. pukul 7 aku da mengantuk gila. 7.15 aku tunggu.. lambat gila masa berlalu. 7.30 .. tuupppp. aku tertidur. haha min kol, aku tak sedar. masa tu pakai tepon umah je.

masa kian berlalu. pastu, aku tersedar! sepantas kilat aku tengok jam dinding.. DAH PUKUL 12! menggelupur nak mampus time tu. dah la sekolah jauh. kena jalan kaki plak tu. bongok gile. aku cepat cepat siap, pastu terus blah. tak makan rasanya. sampai pintu pagar sekolah, sume orang da on the way nak balik. ciss. sume yang berselisih tanye "kau dapat bape?" "bape kau dapat?" "result kau ok tak?" demmit. aku balas "aku baru sampai, tak tengok lagi" . sampai kat pengetua, aku mintak slip aku. dalam otak aku risau sebab aku lambat je. aku tak risau pasal keputusan die. hahaha. tak suspen langsung!

PMR
paling tak suspen. as uolz tau la kan. tingkatan 3 aku sekolah kat sekolah perempuan sabah. hujung tahun tu aku da pindah shah alam balik. time result PMR kua, macam time ni la.. aku semangat gila call member kat sabah mintak tengok kan result aku. kat sini, pukul 10 da kecoh pasal result PMR, kat TV dah siap tunjuk da orang ambik result. damn. disebabkan sabah menyeberangi lautan, result kuar lepas pukul 12! OTAK die la!

argh. buat hati aku dah tak semangat. sume orang da calling calling tanya result. tepat pukul 12, aku call lagi budak sabah. dorang kata "Result sampai sini pukul 2 nanti" . cisss. pukul 2, aku call lagi. dorang kata "Kitorang tak boleh ambik kan, pengetua nak jumpa sorang sorang" . cisss lagi. aku pun da malas. pastu aku pegi berfoya foya kat cyber cafe dengan hati yang kecewa. petang tu, dalam pukul 4, mak aku call. .. .. .. hmm, suspen tak? die baru dapat slip PMR aku yang di-fax kan. aku mendengar keputusan itu sambil menghayati MySpace. TAK FEEL LANGSUNG! huhu

SPM
hmm yang ni tak suspen gak. sebab aku da bole agak aku dapat bape. even, tak sampai target pun, kire ok la. aku sampai sekolah agak lambat sikit time tu. sampai sampai, pengetua da announce kan keputusan pelajar yang dapat anugerah. ahhhh! aku sampai dewan tu je terus terdengar nama aku diikuti dengan keputusan SPM aku. arrgghhh. ape ni!! tak suspen dahhh!! geram gilaaa.

tapi aku buat buat tak tau dan tak dengar. maybe nama orang lain kot. habis pengetua berucap, member member yang terserempak sume mengucapkan "TAHNIAH" . grrrrrrr! memang dah tak suspen la macam tu! duhh. pastu aku beratur nak ambik slip. nasib baik la kelas ade 20 orang je. jadi takde la lama nak beratur. sampai turn aku, cikgu kate aku hutang ngan sekolah?! ehh?? aku check la. alaaaaaa RM3.80 je?! tu pun nak berkira?!! cehhh. lepas bayar tu baru aku dapat slip. ergh. tengok tak tengok pun aku da tau result aku bape. poyo kan? haha

oh sekolah tu memang suka list kan aku sebagai penghutang mereka. kat asrama pun, nama aku dalam senarai tak bayar hutang. aku check , RM5.60 ?! yang lain sume RM80 RM120 RM150. apesal aku RM5.60?! mana plak datang sen tu?! penipu betul! geram gile aku.

masuk UiTM, setiap sem punye result adalah sangat mendebarkan! pergghhhh.

ps: bagus jugak tak suspen ni. haha
pss: ah mengharungi sem depan tanpa kereta! huu
psss: aku rindu zaman sekolah. tapi aku selekeh gilaa.
pssss: da besar da ye aku sekarang. da pandai mekap. HAHA!

17 comments:

  1. hahaha... bagus gak eyh.mcm2 experience ade :P

    ReplyDelete
  2. hahahhaha.. bagus bagus..
    aku pun sama gak tak saspen masa ambik result..

    tapi saspen masa nak ambik result setiap sem..
    hahahhaha

    ReplyDelete
  3. weee....c0mel je cte die..haha.....

    ReplyDelete
  4. haha. aku pon tak suspen do masa spm. eventhough aku x dtg masa amik result tu. aku dtg few days later. tapi on that day tu, ramai gila dah kol cakap tahniah. rasa nak sepak je ciss.

    ReplyDelete
  5. iqa ; haha agak la.. heee

    aujinz ; tao takpe. tp laki, tak cuak takpe. kan kan? haha

    sue ; cite je comel? penaip die? kahaha. ;P

    anis ; haha patut le aku tak nampak kau time tu.. haha kan kan, cakap tahniah je takpe la, siap nak mention dapat bape A. cisss.

    ReplyDelete
  6. ok...penaip die pun c0mel juge na...

    ReplyDelete
  7. ko hebat sgt kot.. sbb tu x suspen.. :P

    ReplyDelete
  8. salam...

    saya just blogwalking. baru tahu pasal blog ni.

    anyway kalo ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

    happy blogging :-D

    regards,
    BLADE EDGE

    ReplyDelete
  9. heidi ; mane adee.. huhu

    blade edge ; ok. tq :)

    ReplyDelete
  10. niklisa ; mn ade tererrr.. kalo terer da straight A da. huhu ;P

    swift ; uitm melaka. awat?

    ReplyDelete
  11. Ouh loh melake ke.
    haha. dekat jelah.
    dating nak?
    -_-'

    ReplyDelete
  12. haha dating kt uitm la eh. ;P

    ReplyDelete
  13. pandai bukan genius. huhu semua org pun pandai kan.

    ReplyDelete

Menaiplah dengan bersungguh-sungguh!